Jumaat, Oktober 17, 2008

Pembinaan Blog KRK Daerah Johor Bahru 2008

Pembinaan blog Kelas Rancangan Khas (KRK) daerah Johor Bahru telah diadakan pada hari Jumaat, 17 Oktober 2008 bertempat di SMK Sultan Ismail, Johor Bharu. Dengan adanya blog KRK sendiri, diharapkan pihak sekolah dapat menyalurkan apa saja info khususnya yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh KRK dan juga apa sahaja yang berkaitan dengan KRK. Pewujudan blog dilihat tepat pada masanya memandangkan dunia pendidikan sekarang berjalan seiring dengan ledakan teknologi maklumat. Di samping itu, blog juga dapat menyebarkan maklumat dengan lebih cepat dan berkesan. Ini ditambah lagi blog merupakan satu kaedah baharu dalam perkongsiaan maklumat yang cukup popular dewasa ini.

Tiada ulasan: