Khamis, Oktober 30, 2008

Karnival KRK Peringkat Daerah Johor Bahru 2008

Tanggal 20, 21 dan 22 Oktober 2008, Karnival KRK Peringkat Daerah Johor Bahru 2008 telah berlangsung. SMK Dato' Jaafar sendiri telah menjadi tuan rumah bagi acara catur dan scrabble. Bagi acara pidato dan 'public speaking' pula telah diadakan di SMK Bandar Baru Uda manakala SMK Mohamad Khalid menjadi tuan rumah bagi acara nyanyian lagu patriotik. Lebih 11 buah sekolah telah mengambil bahagian dalam lima acara yang dipertandingkan. Antara acara yang dipertandingkan ialah pidato, 'public speaking', scrabble, catur dan nyanyian lagu patriotik.

SMK Dato' Jaafar telah menghantar beberapa orang peserta untuk menyertai pertandingan tersebut. Dalam acara pidato bagi kategori lelaki, SMK Dato' Jaafar telah muncul sebagai johan melalui pemidatonya iaitu Mohd Ali b. Suhari yang telah berjaya menewaskan pemidato dari sekolah lain. Satu pencapaian di luar dugaan. Mohamad Wadud Al Hafis b. Ponjian pula telah meraih tempat kedua dalam pertandingan nyanyian lagu patriotik. Bagi acara catur, peserta SMK Dato' Jaafar hanya mampu meraih tempat keempat sahaja dan tempat kelima masing-masing diraih dalam acara scrabble dan 'public speaking'. Johan acara scrabble kategori lelaki diraih oleh peserta Maktab Sultan Abu Bakar dan peserta SMK Seri Perling pula mengungguli kategori perempuan.

Tiada ulasan: